|
Bonjour Fellas! Assalammualaikum and Hello bloggers! Just call me Aien, twenty-eight years old already, a wife and mama for lil Adam. Currently. Later? Pray yahh :PHAHA Be a TALKATIVE!
| (Part 1) Tazkirah Khamis - Bila akan berkahwin?
Thursday, April 05, 2012 | April 05, 2012 | 2 Kind Person!
Assalammualaikum.
Dengan gigih menaip entri ini,
demi satu tujuan untuk berkongsi segala macam input yang aku dapat dari BUKU
INSPIRASI CINTA TERAGUNG. Jatuh cinta pandang pertama bila masuk popular jusco
tempoh hari, haihh RM39.90 adoii nak beli ke tak nak beli ke takk -.-‘ Lastly
keluar macam tu je and than asyik teringat ingat ehh tak boleh jadi ni gasak lah
duit tak cukup pon bulan ni. So say hello Inspirasi Cinta Teragung *kau kini di
carta hati kuuu* pheeewww
Straight to the topic. Hang bila
nak kawen? Haii lama tak jumpa, dah kawen ke? Pertanyaan ini seharusnya tidak
perlu dirisaukan. Meskipun sering kali kita akan geram setengah mati dengan
pertanyaan ini. Begitu geramnya kita, seolah-olah kita ingin bertanya semula, “
Kenapa selalu bertanya-tanya? Suka hati sayalah bila nak kahwin. Apa urusannya
dengan kamu?” Tapi kerana kita adalah orang yang baik dan tidak ingin manyakiti
orang lain, maka ada baiknya hal itu tidak dilakukan.
Kenapa tidak kita menjawab sambil tersenyum
dengan berkata, “ Perkahwinan adalah keinginan setiap orang. Soal bila kita
akan berkahwin, sudah ditentukan oleh Allah. Jadi jika pertanyaannya adalah
bila, maka jawapannya ada pada Allah. Kerana Allah yang paling tahu bila kita
akan berkahwin. Kita boleh saja merencana dan membuat sasaran hidup, tapi Allah
yang menentukan. Allah Maha Tahu bila seseorang akan menjadi pengantin, dan
mendapatkan jodohnya di sisinya.” Jawapan ini begitu dewasa, kerana sama sekali
tidak menunjukkan sikap emosional kita. Mereka yang bertanya pasti akan
menghargai jawapan kita.
Tambahan pula, bukankah mengejar
jodoh seperti halnya mengejar rezeki. Tidak perlu dikejar malah akan datang sendiri
bila memang sudah tiba masanya. Namun apa pun cara kita mengerahkan tenaga
untuk mengejarnya, ia tidak ada di tangan jika memang bukan hak kita. Jadi
kenapa pula mesti susah hati? Berusaha semaksimum mungkin, namun apabila
lamaran ditolak, seharusnya terus bersabar. Memang tidak ada jaminan
kebahagiaan perkahwinan dapat ditentukan dari umur dia berkahwin. Demikian pula
tidak ada jaminan seseorang akan menghadapi penceraian apabila dia berkahwin
pada usia 30 tahun lebih.
“Tiga kunci kebahagiaan suami adalah : isteri yang solehah : yang jika dipandang membuat semakin saying, jika kamu pergi membuat tenang kerana dapat menjaga kehormatannya dan taat pada suami.”
Tazkirah akan datang, (Part 2)
Tazkirah Khamis – Sengaja Menunda Perkahwinan
p/s : Renung renungkan dan
selamat beramal :D
Labels: BILA AKAN BERKAHWIN, HAL PERKAHWINAN, KAHWIN DALAM ISLAM, PAHALA KAHWIN, TAZKIRAH |