|
Bonjour Fellas! Assalammualaikum and Hello bloggers! Just call me Aien, twenty-eight years old already, a wife and mama for lil Adam. Currently. Later? Pray yahh :PHAHA Be a TALKATIVE!
| 8 Tips Tambahkan Berat Badan
Tuesday, April 17, 2018 | April 17, 2018 | 0 Kind Person!
Ha selalu orang bagi tips kurus je kan. Kali ni Mama Adam nak share tips untuk tambahkan berat badan pula. Bukan semua orang nak kurus kan.. Mama Adam pernah ada customers yang datang mintak consultation untuk gain weight. Katanya penat tengok badan melidi je. :( Okay so here few tips yang akan bantu anda gain weight insyaAllah #1 : Ambil Lebih Kalori Berbanding Biasa Pengambilan kalori biasa anda sebelum ini habis hanya untuk aktiviti biasa pembakaran kalori dalam tubuh. Anda tidak sempat untuk menyimpan tenaga lebihan sebagai lemak dan membina otot. Jadi, tambahkan sedikit jumlah keperluan kalori dalam pemakanan seharian anda. Ia adalah kaedah Calorie Surplus (kalori masuk > kalori keluar). Kalori masuk ialah jumlah kalori daripada sumber diet yang anda makan. Kalori keluar ialah kalori yang dibakar dalam tubuh. Berapa banyak kalori kita guna setiap hari? Kira anggaran penggunaan kalori dengan Kalkulator Kalori Online ini. Katakan kalori yang anda gunakan setiap hari ialah 3000. Jika ingin tambah berat badan secara sederhana, boleh tambah 300 hingga 500 kalori daripada jumlah tersebut. Jika nak lebih cepat,boleh tambah dalam julat 700 hingga 1000 kalori. Tapi harus di ingat, pengambilan kalori perlu sesuai dengan aktiviti. Senaman adalah menjadi keperluan untuk menjayakan misi ini dengan sihat. Kita seharusnya membina lebih otot berbanding lemak jika tidak mahu terjerumus dalam kategori orang berlebihan berat badan. #2 : Ambil Lebih Protein Salah satu cara untuk tambah berat badan dengan sihat ialah dengan ambil lebih protein. Protein sangat diperlukan oleh tubuh untuk membina tisu dan otot. Tetapi, tanpa tambahan pengambilan kalori #1 di atas, ia mungkin berakhir dengan menjadi stok lemak berlebihan di dalam tubuh. RDA (Recommended Dietary Allowance) mencadangkan pengambilan protein bagi individu biasa ialah sebanyak 0.8 gram bagi setiap kilogram berat tubuh. Untuk anda yang terlebih kurus, cuba ambil 1.5 gram atau lebih protein berbanding individu biasa. Contoh berat anda 45 kg, jadi 67 g protein anda perlukan setiap hari untuk menambah berat badan. Sumber tinggi-protein boleh diambil daripada daging, ikan, produk tenusu, kekacang, soya dan macam-macam lagi. Boleh juga diambil daripada suplemen protein terbaik. Contohnya ; ESP Shaklee #3 – Jangan Skip Waktu Makan Misi tambah berat badan tidak sama dengan misi turunkan berat badan. Jangan hadkan pengambilan diet karbo dan lemak, sesuaikan dengan jumlah kalori yang anda sangat diperlukan. Juga jangan skip waktu makan. Lebih baik disekalikan dengan kombinasi protein – karbohidrat – lemak dalam diet harian. Ambil 3 kali sehari dan selang selikan dengan snek sihat tambahan yang menyihatkan jika perlu. #4 – Pilih Makanan Yang Padat Dengan Tenaga Tetapi bukan Junk Food Mengambil makanan yang padat dengan tenaga (energy dense food) atau kalori dalam satu hidangan amat penting dalam misi tambah berat badan. Masalah ini biasanya tidak lari dengan pilihan pelbagai makanan segera (junk food) yang tidak cukup kalori dan tidak menyihatkan. Buang option pilihan ini, ambil snek yang lebih sihat seperti: 1. Buah-buahan kering : Kurma, buah tin kering, kismis, buah prun dan sebagainya. 2. Kekacang : Kacang badam, walnut, kacang cerdik (pistacio), kacang gajus dan sebagainya. 3. Produk Tenusu : Susu segar, yogurt, keju dan sebagainya Bijirin : Roti whole grain, biskut bijirin, oat, beras perang dan sebagainya 4. Ubi keledek: Keledek putih, keledek merah, ubi kentang dan keladi 5. Minyak & Lemak: Minyak zaitun, minyak ikan omega-3 dan minyak avocado. #5 : Makan Sedikit Tetapi Kerap Anda mungkin mengalami masalah kurang selera makan atau kerap terlupa waktu makan. Untuk atasi masalah ini, anda boleh mengambil portion makanan yang sedikit tetapi kerap. Bawa makanan bersama anda jika perlu. Elakkan junk food, tapi pilih makanan yang lebih sihat, kaya dengan protein, padat dengan tenaga dan cukup nutrisi. #6 : Kerap Amalkan Senaman Senaman dapat membantu membakar kalori untuk pembentukan otot. Lakukannya sebagai rutin 4 – 5 kali seminggu. Kita tidak mahu kumpul lemak-lemak berlebihan di dalam tubuh, tapi kita mahu tubuh kita fit dengan otot semasa proses menambah berat badan. Selepas bersenam, ambil semula kalori tambahan seperti dalam tips #1 untuk menggantikan kalori yang telah hilang. Begitulah seterusnya untuk menambah berat badan secara sihat. #7 : Ikut Panduan Piramid Makanan Makan dengan portion dan cara yang betul. Piramid makanan dapat membantu perkara ini. Kurangkan pengambilan gula, lemak dan minyak dalam makanan. Tumpukan kepada sumber kalori, protein, vitamin dan karbohidrat sihat. #8 : Ambil Vitamin & Suplemen Tambahan Vitamin dan suplemen adalah salah satu cara untuk menaikkan berat badan secara cepat dan berkesan. Ia dapat membantu memenuhi lompong-lompong nutrisi yang tertinggal akibat masalah yang dialami akibat kekurangan berat badan. Namun, masalah kurang selera makan sering menggagalkan misi ini. Sukar untuk mendapatkan jumlah kalori tambahan yang sangat diperlukan. Nak tahu vitamin & suplemen yang sesuai untuk naikkan berat badan? Boleh whatsapp mama Adam okay? insyaAllah saya akan bantu anda ! Nak Order? Nak beli vitamin Shaklee atau anda ada persoalan? Boleh WhatsApp Mama Adam. Klik 016-4707 083. Mama sedia membantu anda untuk meningkatkan tahap kesihatan anda. Anda boleh klik imej dibawah jika ingin terus membeli dengan menggunakan kad kredit atau kad debit anda. Sangat mudah! Untuk pembelian harga ahli, anda boleh daftar menjadi ahli Shaklee. Klik imej di bawah ⤵ Nur Ain Binti Ibrahim SMS/WhatsApp: 016-4707083 Facebook: Nur Ain Ibrahim Instagram: @aien.shaklee #TipsGemuk #TipsnaikBeratBadan #TipsKurusShaklee #ESPPromoApril #ESPMurah #ShakleePenang #CODShakleePenang #ShakleeStudent #SetGemuk #ShakleePreloved |